Thursday, December 13, 2012
Terima kasih Allah. I love my life ;)
Hello readers.
13/12/2012. A good number for me and Alhamdulillah I am still breathe and Allah give me a good life for it. Syukur sangat-sangat. Sempena ulang tahun kelahiran saya. Sekali sekala bermadah apa salahnya kan. ;)
Apa yang saya nak dalam hidup? Ikutkan terlalu banyak benda dalam fikiran yang saya nak dan saya perlu grab untuk diri saya . Tapi saya perlu berfikir secara rasional , keperluan dan kehendak yang saya nak. Tak boleh lah macam dulu, semua benda yang ada depan mata, saya nak tanpa perlu memikirkan orang lain. Sekarang ini, saya dah ada suami, perlu fikir keperluan dan kehendak suami. Dan pada masa yang sama memikirkan keperluan dan kehendak diri sendiri. Bila dah berkongsi hidup dengan seseorang, memang automatik kita akan fikir tentang hal orang lain. Saya memang akan begitu. Saya tak pandang hal saya, tapi saya pandang hal orang lain. Kebajikan orang lain terutamanya orang yang saya sayang. Ramai akan kata "you have to look at yourself first" Ia memang benar, tapi kita harus sedar hukum Allah, suami harus didahulukan barulah yang lain-lain dan janganlah sampai menjejaskan silaturahim antara orang lain juga.
Hidup ini cuma sekali. Tiada dua atau tiga kali. Melainkan dengan izin Allah Taala. Saya rasa bersyukur di atas limpah kurnia Yang Maha Esa kerana memberikan saya pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu saya tempoh selama 28 tahun saya bernafas di muka bumi Allah ini. Terlalu banyak dugaan, rintangan yang perlu saya pikul sebagai hambaNYA terkadang saya tidak mampu untuk memikulnya lagi. Kemudian, saya tersedar sendiri bahawa "Allah sayang pada aku dan kerana itu DIA memberikan aku dugaan untuk aku tempoh sebagai hambaNYA"
Sebagai hamba Allah. Saya banyak melakukan kesilapan secara langsung mahupun tidak langsung. Tiada sempurna bagi saya dan saya bukan "maksum" . Tetapi, saya cuba mencari siapa diri saya sebenarnya, memperbaiki kelemahan dan kekekurangan yang ada dalam diri saya. Mencari dan terus mencari kesempurnaan dalam diri. Tapi siapa kita untuk menidakkan takdir Allah Taala. Tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Allah Taala. Oleh itu, saya kembali kepada realiti, yang saya memang tidak sempurna.
Saya sentiasa ingin menjadi terbaik dalam hidup. Perlu ada fasa-fasa dalam diri untuk menjadi lebih terbaik selepas ini. Susah nak tinggalkan benda yang sudah "terbiasa" dalam diri.. Perlu lawan perkara negatif dan harus berfikir secara positif untuk jadi terbaik. Apa yang saya perlu lakukan ialah sentiasa berdoa kepada Allah Taala semoga saya ini tidak mudah alpa. Saya takut bila saya alpa, saya tidak ingat orang sekeliling saya. Semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah yang berterusan buat saya.
Insha Allah, saya mohon doa readers sekalian dan orang-orang yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya supaya tidak berhenti berdoa dan memberikan saya sokongan untuk terus berubah menjadi yang lebih baik. Dan saya juga tidak akan pernah berhenti berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang sentiasa di sisi saya tidak kira secara langsung mahupun tidak. Saya tidak suka berazam . Saya tidak suka berjanji. Hanya janji saya pada Allah Taala, semoga saya ini sentiasa dibukakan pintu hati untuk terus ingat pada NYA dan tidak melakukan kemungkaran .
Saya gembira di atas apa yang saya ada sekarang. Saya ada suami saya yang amat saya cintai yang sentiasa tidak henti-henti memberikan nasihat dan tunjuk ajar walaupun kadang-kadang dia penat layan karenah saya, keluarga saya, keluarga mertua saya dan rakan-rakan saya yang positif orangnya. Terima kasih kerana sudi layan perangai saya yang kadang-kadang so "banyak mulut", "annoying", "perasan hebat" eyhh yang itu perlu ada, baru lah diri maju tapi perlu kena dengan cara dan landasan yang betul. ;p
Terima kasih Allah. Terima kasih di atas limpah kurnia dariMU. Saya berdoa semoga saya ini sentiasa sihat, boleh berfikir secara waras, dilimpahi rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
AminRabanalAlamin:)
Jazakallah Khair
Sunday, December 9, 2012
oh mr fahrin!!!
Hello everyone.... Janji tinggal janji. Suppose semalam tulis entry tapi tak tulis juga, so kita tulis malam ni gigih ok, mata layu... Hehehe.. Bulan September, kira ujung bulan, I and Lokky has been invited by Kak Erine n her sister to attend one event... Event bola kat 10Binjai Darby Park.... I was so happy cos event tuh ada Fahrin Ahmad uolsss....
![]() |
| Muka ceria sungguh!! |
Dia sendiri organize that event and masa tuh event bola antara Chelsea vs Arsenal.... So amik lah kesempatan yang adoooo.... On that night, I asked Lokky to wear Chelsea jersey, but seems he refuse to wear it... Benci tau... Kalau tak, mesti bila bergambar, akan menampakkan perbezaan club. Alaaaa Lokky takut kena bahan lah tuh, pasal tuh refuse nak pakai jersey... Hahahahaha..
1st time nak jumpa FA, haruslah nervous kan... Gedik sgt.... My impression masa jumpa FA was......... Argghhhhhhhh!!!!!!!!!! Handsome nak matik... Nasib Lokky memahami isteri dia yg over sgt ini.....Masa ktrang tengah makan , and yes the food was great, FA dtg kat meja we olsss, oh dunia best gila!!!!!!! He is friendly and kind........ Plus he is a family man... Sgtlah family man..... Pandai betul jaga anak-anak buah dia... And anak-anak buah dia sangatlah comel gilaaaaa... Oh so melted gituuuu.....
![]() |
| Tengah ceramah. Hihihi |
![]() |
| Lokky with FA! |
Bye lovers!3>
Friday, December 7, 2012
jap!
Oh man! Still I tak tepati janji. Suppose malam tadi write the entry, tapi tak juga. Okay, gonna do it tonight ok....
Bye!
Wednesday, December 5, 2012
woot
Hello readers....
Dalam kepala otak ni mmg nak update entry. Tapi disebabkan gambar-gambar yang sepatutnya ada penceritaan tak ada , kita merepek je lah ya. Ingatkan gambar ada dalam lappy ni, rupanya gambar tuh semua dalam galaxy tab saya. Demmit. *hehehe*
Baru dua hari papa and mama pergi meninggalkan Malaysia, saya, Lokky dan Irfan dah rindu... Kemana? Adalah, yang penting tempat tuh bersalji, gituuu. Honeymoon katanyaaa. Anak dan menantu tak pergi lagi honeymoon, dorang dah pegi dulu. Okay lah kasi chance gitu... Hehehehe. Actually tengah plan nak pergi honeymoon next year, mencari-cari tempat juga ni. Mula-mula ingat nak pergi Krabi, tapi ramai pula suka pergi Krabi, tak mau lah... Terasa nak pergi dalam negeri, Langkawi, pun tengah fikir-fikir kan juga ni... Semalam gatal tangan buka AirAsia tengok flight pergi Melbourne, ooooooo murahnyaaa tiket next year... Tapi tengok dulu lah...... Tahun ni memang tak sempat langsung nak bermadu asmara, berbulan madu di awan biru dengan Lokky, kahkahkah....... Banyak benda nak kena settle down semua. Ooo yea, Insha Allah, tahun depan mungkin saya dan Lokky akan berhijrah lagi.. Tengok pada giliran semakin hampir. Sukanya Ya Allah..... Rahmat yang tak terhingga.... Dah lama tunggu ni... Boleh la lepas ni nak berdeco bersama Eric Leong..... "supriseeee" katanyaaaa....
Hmmm maybe balik nanti nak update entry yang ada gambar tuh, tapi tak tau lah sempat ke tak ni, asal balik rumah, sampai je rehat , mandi, solat. Lepas tuh dah kena masak.... Nak update pun dah mengantuk tahap cipan. Cam ne tuh....... Wuwuwuwuwuwuwuwu. Nak update kat BB pula gambar nan adooo. Senang sket update kat BB sebab tangan mmg memanjang menaip, biasalah update twitter.... Gitu...
Okay.... Tuh je lah... Bye!
*hope papa and mama sihat sentiasa dan kuat, supaya dapat membeli barang-barang kiriman anak menantu depa yang demand macam2, hahahaha*
Subscribe to:
Posts (Atom)





