Thursday, November 29, 2012

belum lagi..


Hello readers!

Tomorrow will be the last day of November! Bye November... Sweet Sour November! Hahaha. Counting days for December to come. I loves December!!! Why? Because it's my birthdayyyyyyyyyyyy! *okay promote birthday sendiri, poyossss* ;p plus it will be the last month for this year. Too many things happened in my life this year. Dari mula tahun hingga nak ke hujung. It was a good experience for me.

Banyak negative vibes around me this year. Try to throw it away, far far away and hope the positive vibes will always surrounding me till the last breathe. Alhamdulillah saya berjaya menangkis segala tohmahan, kutukan dan paling penting orang yang menikam dari belakang. Termasuk yang mengata saya di twitter. Baik punya kata-kata kesat. Thank you. Tapi kan, tak kisah lah apa orang nak buat, janji orang tuh saya doakan bahagia dunia dan akhirat. Hidup ni sementara, buat apa nak cari pasal dengan orang. Hidup kena bahagia dan sentiasa berlandaskan jalan Allah Taala. Yang masih lagi samar-samar, apa kata berbalik pada Allah Taala, insyallah hidup kita sempurna. Allah bayar cash skg ni. Berbuat baik pada orang, Insyallah orang akan  buat baik pada kita.

Sudah 5 bulan hidup bersama dengan Lokky, alhamdulillah kami melepasi ujian-ujian yang Allah Taala duga bertimpa-timpa. Ujian dugaan berumah tangga adalah satu ujian yang cukup hebat dan saya yakin Allah Taala akan menduga kami lagi untuk melihat sejauh mana kami boleh mengharunginya bersama atau pun tidak. Saya rasa semua orang yang sudah berumah tangga akan merasa dugaan itu. Mengenali orang yang tidak pernah duduk serumah agak "challenging" tapi berkat doa , usaha dan kasih sayang , alhamdulillah setiap apa yang ingin diubah, berubah dengan sendirinya bukan diri sendiri atau orang tersayang terpaksa mengubahnya.

Ramai yang menanyakan pada saya "sudah berisi ke?" soalan cliche bagi saya yang sentiasa akan ditanya oleh orang luar.. Bila belum berkahwin "bila nak kahwin"? Dah berkahwin "bila nak ada anak?", "sudah berisi kah?" Dah dapat anak "bila nak tambah lagi?" Soalan-soalan yang tidak membina langsung. Adakah mereka ini cukup prihatin dengan kita atau pun kerana mereka ini memang "kaki penyibuk?"

Cukup la saya katakan, belum berisi lagi. Kenapa perlu tergesa2 untuk dapatkan anak. Anak itu rezeki Allah Taala, jika diperkenankan berisi lah saya, jika Allah belum perkenankan, belum ada isi lah saya. Mungkin banyak lagi yang perlu saya settlekan sebelum menjadi ibu. Allah mempunyai perancangan untuk hamba-hambanya. Berdoa, berusaha itu lebih baik. 5 bulan mendirikan rumah tangga, bagi saya terlalu awal untuk mendapatkan anak, tetapi di izinkan Allah Taala, saya dan Lokky sentiasa terbuka hati untuk menerima perkhabaran berita baik itu kelak. Lagipun saya dan Lokky memang suka kan kanak-kanak cuma belum ada rezeki. So bersabarlah duhai orang-orang yang bertanya. Mak letih nak jawab, kalah artis ni wey!


So itu je la kot nak cerita, selalu nak habiskan story mesti tak reti, hahaha. Ok bye!