Friday, August 2, 2013

Bruschetta Malaya nama diberi...


Hello readers. Hari tuh ada publish gambar makanan dalam IG dan Facebook. Ramai juga lah yang minta recipe. Alhamdulillah. Recipe ini pun saya dapat dari kawan saya Wawa Yusoff. Dia memang terror bab cooking . 1st time tengok dia post dalam IG, terus nak recipe. 1st time buat menjadi. Memang simple dan senang dibuat, orang yang tak terror masak pun bole buat lah. So saya nak share kat readers sekalian . 

Nama recipe yang Wawa bagi tuh Roti Lapis Daging Berkeju tapi bila dah ke tangan saya recipe tuh dia jadi lain sket. Saya gelarkan "Bruschetta Malaya" Hewhewhew...

Ini pun saya copy paste dari blog Wawa.






*Panaskan Oven 190' utk 10 minit*

Bahan - Bahan

Bahan A

Daging Kisar Ramly 2 keping
Bawang Besar - ikut selera nak byk mana
Bawang Putih - ikut selera nak byk mana
Halia setengah inci
Serbuk kari/Sos cili/Sos tomato/Sos spageti - ikut korang nak pakai yg mana
mix veggie - nak tukar sayur lain pun boleh, taknak pakai sayur pun xpe
Mozzarella Cheese

Bahan B

Susu segar
Telur 2 biji
Roti 5 keping.

Cara - cara Bahan A

Bawang2, dan halia cincang halus. kemudian tumis
masukkan daging dan biar sampai masak.
masukkan sos pilihan korang.
masukkan sayur mayur
tumis tumis dan tumis sampai korang rasa cukup masak semuanya. 
tutup api dan biarkan.

Cara - cara bahan B

Potong roti kepada 4.
Bancuh telur dengan susu. 
Celupkan roti dan susun dalam loyang pembakar. 

-make sure dulang dah sapu margarine-

Bila dah susun elok utk layer pertama, tuangkan daging tadi dan ratakan atas roti. taburkan cheese. teruskan untuk layer yg kedua. utk layer kedua tu biar cheese kat atas tu banyak. sebab nnt kalau bakar cheese tu akan serap abis kat daging. Kalau cheese sikit nnt daging layer atas tu jadi kering dek kerana panas oven tu. Bakar selama setengah jam.

Selamat mencuba!


* Untuk sos, saya guna sos pasta Adabi, memang sedap nak mamps... So saya suggest pada kalian, guna sos pasta sebab memang akan rasa macam korang buat lasagna or makan kat luar. ;) dan untuk vegie pula saya lebih suka gunakan capsicum or letak kan aragula, lagi meletops, cuma yang gambar atas tuh tak letak la, hehehe*


Love


Ramadhan Kareem will leave us soon. How time flies. 





Had a blast memorable Iftar with my ex college mates. Had a sambal sotong, kangkung cili api, cencaluk, ikan bakar , choc batik ganache (made by me, hehehe) and an ayam pansuh (made by Hazley) are the best. Thanks Linda and Hazley for the food and hospitality. Can't wait for Hari Raya. Sure there will be a lots of memory. I loved to spent time with them, they are joker, hilarious funny people. My besties dunya and akhira' . 


Wish our friends, Arwah Syed Sulaiman is with us. But Allah loves him more. We gonna love and miss you always buddy. Al-Fatihah :")




Wednesday, June 5, 2013

Come and grab it!!!! Victoria Secret Body Mist !!!


Hello readers.

It's been a long time I didn't write an entry in my blog.

Being busy nowadays . Okay let's talk about Victoria Secret Body Mist . I'm sure all of you especially the ladies knows about this good fragrance. It can be cooling, refreshing and soothing to the skin. As for Victoria Secret Body Mist,it contains Aloe Vera to help moisturize your skin and Chamomile with calming and soothing effect. You will feel so fresh and clean after using it. Normally, after bath :)

So I am selling the items that women love! So come and grab it! Good price ladies! To guys, you can buy this body mist to your loved ones!


NEW PACKAGING BOTTLES  :

TENDER WHISPER
SWEET DAYDREAM
PEAR GLACE
PASSIONATE KISSES
SWEET TEMPTATION
PRETTY IN PINK
SECRET CRUSH
ISLAND WATERS
AMBER ROMANCE
SECRET CRAVING
ENDLESS LOVE
SUCH A FLIRT
VANILLA LACE
BERRY KISS
ENCHANTED APPLE
LOVE SPELL
STRAWBERRIES AND CHAMPAGNE

Each item is sold for RM 45 only.

2 bottle for RM 90
3 bottle for RM 130
6 bottle for RM 260

Postage fee to Semenanjung Malaysia is :

RM 10 for 1 bottle
RM 15 for 2 / 3 bottle
RM 20 for 6 bottle

Free Delivery to Putrajaya, Bangi and Kuala Lumpur ONLY!

To purchase, kindly email me at arylok96@gmail.com

No BACK OUT buyers!

P/S : I don't sell fake VICTORIA SECRET BODY MIST. ONLY ORIGINAL ITEM. THANK YOU !


Tuesday, March 5, 2013

Life and soul


Salam readers..




heart and soul
I love you Mr Lokky a.ka Mr Hubs. My best friend and lifelong soulmate.

May our marriage will be bless till Jannah...


AryLok96

Monday, March 4, 2013

Little Safiya




Hello readers.... Wanna share something. Semua orang suka baby kan. So this is for people yang ada baby, nak hadiahkan for people yang ada baby pun boleh, nak simpan tuk diri sendiri pun boleh. Hehehe. For those yang interested nak cari barang2 baby. You can come and shop online with Little Safiya by Marina K. Very affordable dan paling best baju-baju baby dan barangan baby adalah super cute. 


Come and grab it. Selling fast tau :)










Happy shopping guys ;)

Tuesday, February 5, 2013

Hello February. Good bye January..



Hello readers.

Nak masuk Februari sudah. Haha. But I still can wish Happy New Year , Salam Maulidur Rasul and etc right? Hahaha. Lama gila bersarang blog . Actually sumpah tak tahu nak tulis apa. Idea nak menulis tak ada langsung lepas dah menikah ni. Woot. Banyak merepek dalam twitter je. Dalam Facebook pun jarang. Cos rasa tak ada benda pun. Sign in, tengok, scroll atas bawah, like status, gambar, komen sket pastuh sign out. Miserable life! Huh!

February mesti orang tak sabar tunggu sebab Valentine's Day. Ok whatsoever cos I tak celebrate pun. Schedule penuh. Nak-nak nak raya cina ni. Hmmmm tengah fikir nak pakai baju apa semua untuk wedding Wati dan Shafiq kat Melaka. Yes, nak pergi Melaka. Yippie! Lama gila tak jejak kaki kat sana dan insha Allah, this coming weekend akan pergi Melaka.  Tuah, tunggu hamba ya!

About life? Alhamdulillah so far so good, tak ada yang super menarik pun. Mcm biasa kehidupan. Nak cerita lebih pun, tak berapa nak suka cerita dah. Nanti orang stalking semua kan. So just write yang simple2 supaya orang boring and dah tak mai jenguk blog dah. Bole? Hahah. But yang menarik tertarik, me and Lokky dah moving out to our new home. Yes! Putrajaya! Alhamdulillah dah jadi residence kat sini. Tenang je, nak-nak depan rumah, indah je kawasan dia. Atas bukit, berangin. Sweet! Chewah....

Pergi kerja pun dekat. Tapi kesian kat Lokky lah kena travel kan. Sekarang ni, dia tengah pulun cari kerja dekat sket dengan rumah, senang kehidupan, so tak payah la nak travel, rushing kejar waktu. Kadang2 rasa useless je bila fikir kena bangun awal2 semata-mata nak kejar waktu nak masuk kerja. Subuh tuh of cos la wajib buat. Solat kan! Haaa tak solat eyh?

view from our crib :)

Babies? Rezeki Allah Taala. Kita mampu merancang, Allah yang tentukan. Me and Lokky still waiting for the good news. Maybe ada sebab Allah Taala tak bagi lagi kan. Dengan pindah randah, ekonomi pun okay2 je. so I guess, soon maybe. Who knows. Allah tahu segalanya. Dia dah rancang elok2 tuk hamba dia. So we just have to wait, pray a lot to HIM:)

Love my life. That's all I can say. Syukur Alhamdulilah

Peace!


#oh tak sabar nak pergi Melaka.

Jazakallah Khair;)

Monday, December 17, 2012

Renungan bersama ;)


As-salam readers.






















Jazakallah Khair ;)

Friday, December 14, 2012

Seindah hiasan adalah wanita solehah....


Hello readers.

Sekadar pengisian rohani pada hari Jumaat. 

Allah SWT mengurniakan keupayaan intelektual dan kognitif untuk berfikir kepada makhluk-Nya bergelar manusia. Dengan kemampuan itu, manusia diberikan kebebasan membuat pilihan, mahu taat dan patuh secara sukarela, atau mengingkari seruan mentauhidkan Allah serta tahu akibatnya.

Kapasiti menggunakan akal dianugerahkan Allah yang akan membezakan manusia dengan makhluk lain. Malaikat dikurniakan akal tanpa nafsu, menjadikan mereka makhluk paling taat serta tidak langsung membantah segala ketetapan dan perintah Allah.

Sementara haiwan melata diberikan nafsu tanpa keupayaan akal sofistikated, sehingga mereka hanya mampu bertindak menuruti keperluan nafsu syahwat semata-mata.
Individu yang memilih jalan ketakwaan, ketaatan dan keimanan akan mendapat kemenangan serta kejayaan besar. Sementara mereka yang memilih dengan penuh sedar jalan kefasikan, kemungkaran dan kemunafikan, akan menempa azab sengsara yang berkekalan.

Firman Allah SWT: “Demi jiwa (manusia) dan penyempurnaan (kejadiannya). Maka (Allah) mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawa kepada ketakwaan. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya; dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorinya.” (Surah Asy-Syams, ayat 7-10)

Peluang manusia buat pilihan

Dengan penuh kasih sayang Allah SWT, diberikan petunjuk kepada manusia melalui perutusan para Rasul dan Nabi yang membawa kitab petunjuk, panduan menerangi jalan kehidupan. Maha adil Allah yang memberikan peluang terbuka seluas-luasnya untuk manusia membuat pilihan mereka.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa memaksa kita menyembah zat-Nya yang Maha Tinggi dan Mulia, namun Dia lebih suka hamba-Nya menyerahkan diri mereka serta kembali kepada-Nya dengan penuh keikhlasan dan kerelaan.

Suntikan capai status soleh, solehah
Tiada bezanya jalan ketaatan seorang wanita dan seorang lelaki yang mahu mencapai status soleh dan solehah di sisi Allah SWT. Mereka mestilah memastikan dua suntikan ini mampu dilaksanakan terlebih dulu.

Pertama, menyuntik akal dengan ilmu pengetahuan yang sahih dan benar, manakala yang kedua, menyuntik hati dengan iman serta takwa kepada Allah SWT.
Seorang wanita mestilah mencapai tahap kecerdasan dan kecerdikan yang tinggi untuk meraih gelaran solehah. Dia akan mencari-cari dan mengutip semua permata ilmu berharga di mana saja dia menemuinya.

Motivasi tinggi mendorong wanita solehah menggunakan potensi akal yang luar biasa dalam menentukan keputusan kritikal. Wanita solehah bukan seorang yang sekadar menurut membabi buta, perempuan biasa yang tiada minat kepada ilmu pengetahuan dan penambahbaikan diri.
Dia tidak boleh menumpang tuah suami atau bapanya yang tersohor dengan perilaku dan amalan soleh selama ini. Belum tentu dia boleh diterima secara automatik masuk ke Jannah Allah kerana sudah puluhan tahun menjadi isteri mithali kepada suami yang terkenal soleh dan warak.

Wanita harus mampu menggerakkan akalnya dengan berfikiran kritis dan sentiasa menagih penjelasan bagi setiap yang kabur dan belum difahaminya. Akalnya tajam, pemerhatiannya mendalam dan kesimpulannya mengagumkan.
Tak dipengaruhi emosi dangkal

Penuh keyakinan diri, wanita cerdik yang solehah mampu menganalisa situasi dengan objektif dan tidak semata-mata dipengaruhi emosi yang dangkal.
Dia menyedari tugas dan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini memerlukannya keluar dari zon selesa, menjalankan fungsinya dengan efektif di samping memberi manfaat sebanyak mungkin kepada orang lain.

Kepintaran wanita solehah menguruskan kehidupannya dan keluarga memberi nilai tambah yang tiada bandingannya kepada suami, anak serta keluarganya. Dia bijak membahagikan masa, ruang dan peluang 24 jam sehari semalam yang dikurniakan Allah untuk kebajikan manusia yang lain.

Ayuh, tingkatkan keazaman di hati untuk menjadi wanita cerdik yang solehah, yang akan menjadi obor penerang kemajuan wanita Muslim, di mana juga mereka berada.



Jazakallah Khair ;)

Thursday, December 13, 2012

Terima kasih Allah. I love my life ;)


Hello readers.

13/12/2012. A good number for me and Alhamdulillah I am still breathe and Allah give me a good life for it. Syukur sangat-sangat. Sempena ulang tahun kelahiran saya. Sekali sekala bermadah apa salahnya kan. ;)

Apa yang saya nak dalam hidup? Ikutkan terlalu banyak benda dalam fikiran yang saya nak dan saya perlu grab untuk diri saya . Tapi saya perlu berfikir secara rasional , keperluan dan kehendak yang saya nak. Tak boleh lah macam dulu, semua benda yang ada depan mata, saya nak tanpa perlu memikirkan orang lain. Sekarang ini, saya dah ada suami, perlu fikir keperluan dan kehendak suami. Dan pada masa yang sama memikirkan keperluan dan kehendak diri sendiri. Bila dah berkongsi hidup dengan seseorang, memang automatik kita akan fikir tentang hal orang lain. Saya memang akan begitu. Saya tak pandang hal saya, tapi saya pandang hal orang lain. Kebajikan orang lain terutamanya orang yang saya sayang. Ramai akan kata "you have to look at yourself first" Ia memang benar, tapi kita harus sedar hukum Allah, suami harus didahulukan barulah yang lain-lain dan janganlah sampai menjejaskan silaturahim antara orang lain juga.

Hidup ini cuma sekali. Tiada dua atau tiga kali. Melainkan dengan izin Allah Taala. Saya rasa bersyukur di atas limpah kurnia Yang Maha Esa kerana memberikan saya pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu saya tempoh selama 28 tahun saya bernafas di muka bumi Allah ini. Terlalu banyak dugaan, rintangan yang perlu saya pikul sebagai hambaNYA terkadang saya tidak mampu untuk memikulnya lagi. Kemudian, saya tersedar sendiri bahawa "Allah sayang pada aku dan kerana itu DIA memberikan aku dugaan untuk aku tempoh sebagai hambaNYA"

Sebagai hamba Allah. Saya banyak melakukan kesilapan secara langsung mahupun tidak langsung. Tiada sempurna bagi saya dan saya bukan "maksum" . Tetapi, saya cuba mencari siapa diri saya sebenarnya, memperbaiki kelemahan dan kekekurangan yang ada dalam diri saya. Mencari dan terus mencari kesempurnaan dalam diri. Tapi siapa kita untuk menidakkan takdir Allah Taala. Tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Allah Taala. Oleh itu, saya kembali kepada realiti, yang saya memang tidak sempurna.

Saya sentiasa ingin menjadi terbaik dalam hidup. Perlu ada fasa-fasa dalam diri untuk menjadi lebih terbaik selepas ini. Susah nak tinggalkan benda yang sudah "terbiasa" dalam diri.. Perlu lawan perkara negatif dan harus berfikir secara positif untuk jadi terbaik. Apa yang saya perlu lakukan ialah sentiasa berdoa kepada Allah Taala semoga saya ini tidak mudah alpa. Saya takut bila saya alpa, saya tidak ingat orang sekeliling saya. Semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah yang berterusan buat saya.

Insha Allah, saya mohon doa readers sekalian dan orang-orang yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya supaya tidak berhenti berdoa dan memberikan saya sokongan untuk terus berubah menjadi yang lebih baik. Dan saya juga tidak akan pernah berhenti berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang sentiasa di sisi saya tidak kira secara langsung mahupun tidak. Saya tidak suka berazam . Saya tidak suka berjanji. Hanya janji saya pada Allah Taala, semoga saya ini sentiasa dibukakan pintu hati untuk terus ingat pada NYA dan tidak melakukan kemungkaran .

Saya gembira di atas apa yang saya ada sekarang. Saya ada suami saya yang amat saya cintai yang sentiasa tidak henti-henti memberikan nasihat dan tunjuk ajar walaupun kadang-kadang dia penat layan karenah saya, keluarga saya, keluarga mertua saya dan rakan-rakan saya yang positif orangnya. Terima kasih kerana sudi layan perangai saya yang kadang-kadang so "banyak mulut", "annoying", "perasan hebat" eyhh yang itu perlu ada, baru lah diri maju tapi perlu kena dengan cara dan landasan yang betul.  ;p

Terima kasih Allah. Terima kasih di atas limpah kurnia dariMU. Saya berdoa semoga saya ini sentiasa sihat, boleh berfikir secara waras, dilimpahi rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. 

AminRabanalAlamin:)


Jazakallah Khair 




Sunday, December 9, 2012

oh mr fahrin!!!


Hello everyone.... Janji tinggal janji. Suppose semalam tulis entry tapi tak tulis juga, so kita tulis malam ni gigih ok, mata layu... Hehehe.. Bulan September, kira ujung bulan, I and Lokky has been invited by Kak Erine n her sister to attend one event... Event bola kat 10Binjai Darby Park.... I was so happy cos event tuh ada Fahrin Ahmad uolsss....


Muka ceria sungguh!!


Dia sendiri organize that event and masa tuh event bola antara Chelsea vs Arsenal.... So amik lah kesempatan yang adoooo.... On that night, I asked Lokky to wear Chelsea jersey, but seems he refuse  to wear it... Benci tau... Kalau tak, mesti bila bergambar, akan menampakkan perbezaan club. Alaaaa Lokky takut kena bahan lah tuh, pasal tuh refuse nak pakai jersey... Hahahahaha..

1st time nak jumpa FA, haruslah nervous kan... Gedik sgt.... My impression masa jumpa FA was......... Argghhhhhhhh!!!!!!!!!! Handsome nak matik... Nasib Lokky memahami isteri dia yg over sgt ini.....Masa ktrang tengah makan , and yes the food was great, FA dtg kat meja we olsss, oh dunia best gila!!!!!!! He is friendly and kind........ Plus he is a family man... Sgtlah family man..... Pandai betul jaga anak-anak buah dia... And anak-anak buah dia sangatlah comel gilaaaaa... Oh so melted gituuuu.....

Tengah ceramah. Hihihi

Lokky with FA!


Overall that night was a very happy night. We enjoyed watching football together and yes on that night, Chelsea beat Arsenal.... Hahahahahaha.... Thanks to Kak Erine and Kak Diana for making our day so happening.... Love you both much <3 p="p">

Bye lovers!

Friday, December 7, 2012

jap!


Oh man! Still I tak tepati janji. Suppose malam tadi write the entry, tapi tak juga. Okay, gonna do it tonight ok....


Bye!

Wednesday, December 5, 2012

woot


Hello readers....

Dalam kepala otak ni mmg nak update entry. Tapi disebabkan gambar-gambar yang sepatutnya ada penceritaan tak ada , kita merepek je lah ya. Ingatkan gambar ada dalam lappy ni, rupanya gambar tuh semua dalam galaxy tab saya. Demmit. *hehehe*

Baru dua hari papa and mama pergi meninggalkan Malaysia, saya, Lokky dan Irfan dah rindu... Kemana? Adalah, yang penting tempat tuh bersalji, gituuu. Honeymoon katanyaaa. Anak dan menantu tak pergi lagi honeymoon, dorang dah pegi dulu. Okay lah kasi chance gitu... Hehehehe. Actually tengah plan nak pergi honeymoon next year, mencari-cari tempat juga ni. Mula-mula ingat nak pergi Krabi, tapi ramai pula suka pergi Krabi, tak mau lah... Terasa nak pergi dalam negeri, Langkawi, pun tengah fikir-fikir kan juga ni... Semalam gatal tangan buka AirAsia tengok flight pergi Melbourne, ooooooo murahnyaaa tiket next year... Tapi tengok dulu lah...... Tahun ni memang tak sempat langsung nak bermadu asmara, berbulan madu di awan biru dengan Lokky, kahkahkah....... Banyak benda nak kena settle down semua. Ooo yea, Insha Allah, tahun depan mungkin saya dan Lokky akan berhijrah lagi.. Tengok pada giliran semakin hampir. Sukanya Ya Allah..... Rahmat yang tak terhingga.... Dah lama tunggu ni... Boleh la lepas ni nak berdeco bersama Eric Leong..... "supriseeee" katanyaaaa....


Hmmm maybe balik nanti nak update entry yang ada gambar tuh, tapi tak tau lah sempat ke tak ni, asal balik rumah, sampai je rehat , mandi, solat. Lepas tuh dah kena masak.... Nak update pun dah mengantuk tahap cipan. Cam ne tuh....... Wuwuwuwuwuwuwuwu. Nak update kat BB pula gambar nan adooo. Senang sket update kat BB sebab tangan mmg memanjang menaip, biasalah update twitter.... Gitu...

Okay.... Tuh je lah... Bye!


*hope papa and mama sihat sentiasa dan kuat, supaya dapat membeli barang-barang kiriman anak menantu depa yang demand macam2, hahahaha*


Thursday, November 29, 2012

belum lagi..


Hello readers!

Tomorrow will be the last day of November! Bye November... Sweet Sour November! Hahaha. Counting days for December to come. I loves December!!! Why? Because it's my birthdayyyyyyyyyyyy! *okay promote birthday sendiri, poyossss* ;p plus it will be the last month for this year. Too many things happened in my life this year. Dari mula tahun hingga nak ke hujung. It was a good experience for me.

Banyak negative vibes around me this year. Try to throw it away, far far away and hope the positive vibes will always surrounding me till the last breathe. Alhamdulillah saya berjaya menangkis segala tohmahan, kutukan dan paling penting orang yang menikam dari belakang. Termasuk yang mengata saya di twitter. Baik punya kata-kata kesat. Thank you. Tapi kan, tak kisah lah apa orang nak buat, janji orang tuh saya doakan bahagia dunia dan akhirat. Hidup ni sementara, buat apa nak cari pasal dengan orang. Hidup kena bahagia dan sentiasa berlandaskan jalan Allah Taala. Yang masih lagi samar-samar, apa kata berbalik pada Allah Taala, insyallah hidup kita sempurna. Allah bayar cash skg ni. Berbuat baik pada orang, Insyallah orang akan  buat baik pada kita.

Sudah 5 bulan hidup bersama dengan Lokky, alhamdulillah kami melepasi ujian-ujian yang Allah Taala duga bertimpa-timpa. Ujian dugaan berumah tangga adalah satu ujian yang cukup hebat dan saya yakin Allah Taala akan menduga kami lagi untuk melihat sejauh mana kami boleh mengharunginya bersama atau pun tidak. Saya rasa semua orang yang sudah berumah tangga akan merasa dugaan itu. Mengenali orang yang tidak pernah duduk serumah agak "challenging" tapi berkat doa , usaha dan kasih sayang , alhamdulillah setiap apa yang ingin diubah, berubah dengan sendirinya bukan diri sendiri atau orang tersayang terpaksa mengubahnya.

Ramai yang menanyakan pada saya "sudah berisi ke?" soalan cliche bagi saya yang sentiasa akan ditanya oleh orang luar.. Bila belum berkahwin "bila nak kahwin"? Dah berkahwin "bila nak ada anak?", "sudah berisi kah?" Dah dapat anak "bila nak tambah lagi?" Soalan-soalan yang tidak membina langsung. Adakah mereka ini cukup prihatin dengan kita atau pun kerana mereka ini memang "kaki penyibuk?"

Cukup la saya katakan, belum berisi lagi. Kenapa perlu tergesa2 untuk dapatkan anak. Anak itu rezeki Allah Taala, jika diperkenankan berisi lah saya, jika Allah belum perkenankan, belum ada isi lah saya. Mungkin banyak lagi yang perlu saya settlekan sebelum menjadi ibu. Allah mempunyai perancangan untuk hamba-hambanya. Berdoa, berusaha itu lebih baik. 5 bulan mendirikan rumah tangga, bagi saya terlalu awal untuk mendapatkan anak, tetapi di izinkan Allah Taala, saya dan Lokky sentiasa terbuka hati untuk menerima perkhabaran berita baik itu kelak. Lagipun saya dan Lokky memang suka kan kanak-kanak cuma belum ada rezeki. So bersabarlah duhai orang-orang yang bertanya. Mak letih nak jawab, kalah artis ni wey!


So itu je la kot nak cerita, selalu nak habiskan story mesti tak reti, hahaha. Ok bye!


Monday, November 5, 2012

Crumble with the Skyfall ....


Nak review sket pasal movie "SkyFall"

Hehehe, actually I am not a big fan of James Bond. Totally NOT! But after watched the "SkyFall" , this was the best James Bond movie I ever watched. Seriously best gempak gila. Plus very old skool dengan lagu Adele yang memang sesuai dengan tema movie James Bond, sangat kena ok! And yes meremang bulu roma ku. Hahahah. I loves her!

Sebelum ni pun, menonton James Bond sepintas lalu, kali ni very the tekun. Mind my english, guys. Saya rasa watak yang dibawa oleh Javier Bardem "Silva" begitu menusuk ke jiwa, chewah. Dia bawa watak tuh sgt berkesan dan sangat psiko gila. Sampai diri ini nak juga jadi psiko mcm tuh tapi memang tak lah kan.. Hehehehe. Dengan mimik muka, style dia berjalan, bercakap, makeup semua berubah. Bayangkan dari menjadi seorang jejaka handsome romantik "Felipe" dalam "Eat, Pray Love"  kepada "Silva" yang mempunyai hati yang sangat kejam dan saya suka kepintaran beliau dalam mengodam sistem. Hahah. James Bond kali ni sangat cool je, ke sebab dia dah dimamah usia? Beza gila muka dia masa bawa watak Casino Royale, nampak muda gitu. Watak "Q" dipegang oleh Ben Winshaw sgt Brit gila, tak tau lah nak cakap macam mana so brit, ke hip or watsoever, hehehe. Dah la handsome ;p

Overall, pergilah tengok memang best gila gempak. Yes, sex scene is a MUST dalam movie James Bond, very the casanova kan, but don't put your mind on that scene, just let your mind works when you watch the action of this movie. M (Judi Dench) was a great leader, I adore how she's manage to do her work. Can I be the "M"????

Hehehe. 10 stars for this movie. Yup memang melampau!


Okay, anyone dah menonton "Zaiton, Ceritaku"? Soon going to watch it, Insyallah . Please support your local movies and please stop watching stupid local movies. Thank you :)



Peace!

Oh.... Bilbo Baggins....


Hello everyone. Guess what. It's finally going to be release soon. And I am so happy because the date for this movie will be release on 13 December 2012. It's on my birthday! Yahoooooooooooooo *clap clap*

If you watching Lord Of The Rings Trilogy, you will know about The Hobbits, small creatures that lives at The Shire. Remembering Mr Frodo, Sam, Merry, Pippin, Bilbo Baggins ... Definitely you love them so much.....

Would love to share with all of you , the best quote in this movie :


'Bilbo's eyes were nearly blinded by the light. He could hear the dwarves shouting up at him from far below, but he could not answer, only hold on and blink. The sun was shining brilliantly, and it was a long while before he could bear it. 
When he could, he saw all round him a sea of dark green, ruffled here and there by the breeze; and there were everywhere hundreds of butterflies.'



Excited! Weeee ;)



Monday, October 29, 2012

I'm lovin it


It's been awhile that I haven't posted anything in this blog. Being busy as a wife to a wonderful husband and massive works. Btw, Happy Eid Adha Mubarak to everyone. May Allah bless our life.

Whats new in my life? Well, just moving out to other state. From Kuala Lumpur to Selangor. Finding a super place to be called as home. Nusaputra. Alhamdulillah, I loves this place so much. The environment is good, no "org gila" anymore but you going to face it when you on the roads. Def you can't avoid it.

I had a wonderful moment with Lokky. Just the two of us. That"s what I want for the first time I get married with him. Living with him and I can do what ever I want to do just with him. Sorry for the terrible sentences, try to do well in grammar and pronunciation. #OhMyEnglish ;p

Putrajaya? Well, still in the waiting list. So I won't depend on that anymore. Insyallah, when it comes, I will def telling everyone about it. Insyallah :)

Too many story wanna tell to everyone. But I have to go now, need to prepare my article about voluntourism. My first step to write about it. Hoping it will worth it to me and everyone who going to read it, insyallah....

Btw, I am happy that my followers increasing day by day. Now 27 followers from 23 followers. Thank you so much . Come and follow me in twitter guys. @arynayahaya .. Add me, insyallah I will approve the request if you be nice to me;)


Jazakallah khair ;)

# Monday Madness #

Hello Monday!

New home!

New update!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 24, 2012

# Monday Madness #



Hello Monday!







These pictures showed after I had a makeup session with Puteri for my Post Wedding.

Thank you so much for the services and I am glad that you had improved your skills.

For the links :

www.puterimonaroziana.blogspot.com


Jazakallah Khair ;)


Monday, September 10, 2012

bows



It's time for an update after what seems like years of nothingness in here. T_T

Life has been hectic, but that doesn't stop me from spending time with loved ones.

Job makes it even harder for me to manage.

To try to get PEACE of mind, and keep me away from stressing out about work, I spend most of my time on weekends with family and friends. Well, I HAVE to or I'll go crazy. They... keep me sane.


Okay bye!

21 Jump Street